Pada 6 Oktober, satu pertemuan telah diadakan di Wisma PRESMA bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan PRESMA.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan daripada usaha menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan lain, khususnya dalam membincangkan komuniti Rawther serta latar belakang dan tujuan penubuhan Persatuan Rawther.
Perkongsian pandangan mengenai kepentingan penyatuan komuniti, pemeliharaan identiti serta warisan Rawther telah dibincangkan semasa pertemuan ini.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk saling bertukar pendapat dan memperoleh perspektif daripada pihak PRESMA berkaitan pengalaman mereka dalam menguruskan persatuan dan komuniti. Secara keseluruhannya, pertemuan ini berlangsung dengan lancar dan menjadi satu lagi langkah positif dalam membina hubungan serta kerjasama dengan persatuan-persatuan lain.